Friday, August 23, 2013

Sakit Sangat

Persahabatan yang terlalu lama terjalin pun boleh retak macam tu je. Kalau nak sentiasa bahagia dlm persahabatan kena la ada saling menghormati & mempercayai kan? Ayat cliche gila. Tapi betul.

Bayangkan persahabatan yang dah 10 tahun, bagai isi & kuku, org selalu kata macam beluncas. Tapi tanpa kita sedar tiba tiba mereka dah tak macam dulu. Dah tak serupa belangkas. Apabila masing masing mula membawa haluan masing masing. Tapi kita silap, persahabatan tak semestinya ditunjukkan kepada seluruh dunia. Tidak perlu bersama 24 jam. Yang paling indah apabila kita mengingati sahabat dalam doa kita. Itu sahabat sejati. Persahabatan yg rapat/ bff ni bukan berdasarkan berapa tahun berkawan, berapa banyak gossip dah share. Bukan bukan. Cukup sekadar mengambil berat & sentiasa mendoakam sahabat yang lain. Kadang kadang kita malu nak tunjuk yang kita sayang seseorang itu. Tak tunjuk yang sebenarnya kita sayang & rindu nak dengar celoteh dia, dengar kisah dia yang selalu dikongsi. Maka kita hanya berdiam diri menanti khabar yang di sana. Dan akhirnya terputus khabar begitu saja. Bila nak contact balik kita akan rasa segan yang amat sgt. Adakah dia ingat akan kita ni? Macam ni la yang selalunya buat kan terputus contact.

Point asal sebenarnya nak cerita pasal sakit sangat bila kawan cerita belakang. Sakit sangat. Tak tipu. Itu sebabnya i would prefer someone yang tunjuk dia tak suka orang itu. Eventho sangat rude tapi at least they are being honest. Bayangkan if yang sangat fake tu depan kita punya la mesra & baik. Tapi kat belakang dia cerita buruk pasal kita. Yang kita tak tahu wallahualam la. Tapi yang sakit sangat ni bila kita tau apa yang dorang cakap pasal kita tu. Boleh gugur air mata.

Just wanna share a story, ada hamba Allah ni, tersangat la rapat bersama kawan kawan dia. Lebih kurang 5 orang macam tu. Daripada sekolah lagi sehingga habis sekolah. Masa tu tak pernah ada masalah pun, kalau ada pun settle time juga & tak ada simpan dalam hati pun. Memang geng yang sempoi. Tapi semuanya berubah bila masing masing dpt plkn. Kecuali hamba Allah ni. Bila dah pulang dari plkn, masing masing masih sama berkawan seperti biasa cuma layanan mereka terhadap hamba Allah ni dah lain sangat. Sangat. Tapi hamba Allah ni hanya bersangka baik dengan kawan kawan dia. So dia pun buat dek je la. Yang paling sakitnya adalah bila satu hari tu, hamba Allah ni terbuka whatsapp kat fon kawan dia dan terjumpa satu group yang khas untuk kutuk hamba Allah ni. Ya Allah siapa yang tak sedih bila kawan yang kita sayang, dalam diam buat macam ni dekat kita kan. Boleh menangis woo. Tapi hamba Allah ni kuat, dia tahan & akhirnya dia berdepan je dengan kawan kawan dia. Yela depa kan bukan jenis yang simpan simpan. Dan apa jadi seterusnya biar dia & kawan kawannya sahaja tahu.

Sebab itu la daripada kita fake dengan orang tu, depan depan kemain lagi tapi bila kat belakang kita kutuk menyumpah dan macam macam lagi. Better kita jauhkan diri daripada dia. Bukan apa, dari buat dosa mengumpat orang tak tentu pasal. Baik diam je buat taktau apa orang tu buat. Thats what i'm trying to do now, elakkan mengumpat. Berdosa tau. Mulut orang perempuan ni dah lah pot pet pot pet. Tu yang kalau post kat blog panjang melebar.

Pengajarannya jangan cakap pasal orang lain. Perbaiki diri sendiri dulu. Masih banyak kelemahan kita yang kita tak sedar. Yang baik semuanya datang dari Allah & yang buruk datangnya daripada kita. Wallahualam. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment