Wednesday, August 21, 2013

Sedih betul sedih

Ni haa nak cakap sikit. Dah lama nak cerita tapi selama ni macam tak terluah. Haha. Sebenarnya sedih sangat, sangat sangat dengan peminat yang terlalu sanjung artis ni. Dik/kak/bang oi nak minat tu tak kesah la, tapi jangan sampai menyanjung artis tu.

Here is a story yang saya rasa sangat sedih. Or maybe ada yang lagi sedih daripada ni. I was scrolling through my timeline on Instagram, then nampak la artis ni post gambar yang agak kurang sopan. so as a muslim, ada hamba Allah ni pun comment kat gambar tu dengan niat nak menegur. Pasal aurat dan halal haram macam tu la. Mula mula respons agak okay sbb mungkin ramai yg berfikiran macam hamba Allah ni cuma tak berani nak taip kat comment tu. Tapi bila yang fanatik terlampau dekat artis ni, pantang org cakap pasal artis dia kan, dia pun sound hamba Allah tadi dengan kata kata yg kasar. Lepastu makin ramai pulak yang bash hamba Allah ni sebab dia hanya menegur benda yang betul. Sensitip betul fanatik ni.

Well okay the point is, hamba Allah tu hanya menjalankan tugas amar maaruf & nahi mungkar. Mungkin betul juga bila orang kata cara dia tegur tak kena disebabkan public sangat. Tapi bila fikir balik, takkan dia nak text/whatsapp/wechat dgn artis tu memang takkan dilayan la kan. Kalau email entah artis tu buka atau tidak je la. Tu kita tak tau. Pendapat saya cara hamba Allah tu tegur memang sangat lembut & utk peringatan semua orang juga bukan untuk artis tu sahaja.

Tapi mereka yang fanatik ni marah bebenor & ini la yang buat sedihnya. Dimakinya pula hamba Allah tadi malah siap kata kubur lain lain. Jangan jaga tepi kain orang lain. Tak suka jangan la tengok. Dan sebagainya lagi. Astaghfirullah. Sedihnya. Kalau seseorang tu meninggal adakah dia berguling masuk kubur sendiri. Adakah kita melihat saja orang lain buat dosa. Dah kalau kebetulan tertengok lepastu nak tegur salah ke. Tak faham dengan fanatik ni. Padehal comment tersebut tak dituju kepada mereka tapi sensitip la katakan. Bukan nak ambil iktibar apa yang hamba Allah tu tegur. Saya ni pun tak perfect. Jauh dari perfect lagi. Bila orang tegur tu kita terima.

Semua orang pun hanya manusia biasa. Semua orang tak perfect, dunia ni hanya pinjaman Allah semata-mata. Jadi apa salahnya berkongsi ilmu apa yang ada. Sekurang kurangnya boleh betulkan diri & orang lain. InsyaAllah.

Semoga Allah mendengar doa doa kita yang aman di sini & dapat membantu mereka yang dalam kesusahan. #Prayforegypt.

No comments:

Post a Comment