Monday, May 16, 2011

selamat hari guru :)

happy teacher's day to all teacher yang pernah mengajar saya tanpa jemu dan bosan. :D

harini meh saya kongsi cerita tentang dua orang guru.

guru yang pertama ini hm tak tau la nak cakap macam mana. mari kita lihat perwatakan beliau. dia tak suka masuk ke kelas kami, sebab yang tidak diketahui. saya tahu subjek yang diajarnya tidak berapa penting kerana tiada dalam spm tetapi tak kan la masuk kelas pun taknak? mungkin dia busy. mari kita berfikiran positif. seterusnya, dia sangat 'sayangkan' anak murid nya kerana bagi nota yang sangat banyak untuk disalin walaupun sebenarnya dia tidak berapa kisah apa yang kami salin. mari berfikiran positif, mungkin dia guru berwibawa. kemudian, ketika exam dia sangat 'prihatin' masalah anak muridnya sehingga apabila kertas tidak mencukupi, dia menyuruh pelajar itu pergi mengambil di kelas sebelah dengan sendirinya sedangkan exam sudah bermula. betapa prihatinnya dia.

guru yang kedua, mari kita menilai perwatakan beliau. guru ini tidak pernah tidak masuk ke kelas melainkan emergency. ada suatu masa ketika anaknya sakit, dia tetap datang untuk mengajar kami. dan ada suatu masa ketika anaknya masuk ke hospital dia terpaksa meninggalkan kelas kami. guru ini amat prihatin tentang anak muridnya. jika anak muridnya tidak hadir hari itu, dia akan berusaha untuk mengetahui sebab ketidakhadirannya sama ada sakit atau ponteng. dia akan menelefon ibu bapa pelajar tersebut. betapa prihatinnya guru ini. guru ini juga sangat sayangkan anak muridnya. ketika exam, jika ada kertas soalan yang tidak mencukupi maka dia sendiri akan pergi ke kelas kelas lain sehingga dia jumpa kertas soalan untuk anak muridnya.

melalui dua kisah yang telah diceritakan, bukan untuk mengutuk atau memuji mana mana cikgu. di sini, saya ingin menegaskan bahawa lain cikgu maka lain lah pendekatan yang digunakan untuk mengajar. oleh itu, saya amat sayangkan guru. :)

*okay, post kali ni paling skema.

No comments:

Post a Comment